Minggu lepas, aku pergi trip dengan geng-geng ofis. Tak sangka percutian ini
menyebabkan aku tanpa disedari membuka rahsia diri pada rakan sebilik. Tapi itulah, dia pun membuka cerita diri. Tak sangka kami masing-masing cuba menyembunyikan rahsia masing-masing dan membukanya semasa percutian ni. Ye lah, rahsia hidup takkan nak buat announcement pulak kan.
Walaupun rahsia aku tu, tak ada apalah sangat, tapi aku masih tidak ingin berkongsi dan bercerita dengan orang lain. Penat untuk menerangkannya pada orang lain. Bukan susah pun, tapi malas.
Tapi aku belajar sesuatu dari perkongsian kami itu. Mungkin aku perlu berkongsi masalah, kerana ia sudah terlalu memakan diri. Hampir gila pun ia, kerana terlalu sarat dalam kepala.
Walau apapun, rahsia kau tetap aku simpan.
No comments:
Post a Comment