22 April 2009

Akhir-akhir ini aku sibuk sikit. Ada audit untuk projek-projek tapak yang dah ditugaskan pada aku. Memanglah pada sesetengah orang, apalah sangat audit itu, tapi pada aku besar maknanya.

Bila audit diadakan, kita bukan hendak mencari salah pengurus projek itu tapi untuk memberitahu apa yang pengurus projek dan kakitangannya terlepas pandang. Kadang-kadang akibat terlalu menumpukan perhatian pada kerja-kerja tapak, kerja-kerja yang dianggap remeh selalu terlepas pandang. Jadi tugas auditorlah untuk mengingatkan pengurus projek apa yang perlu dibuat untuk projek mereka bagi mematuhi kehendak syarikat.

Ok. Nak berehat sekarang. Penat buat audit.

No comments: