24 June 2011

Menangguhkan kerja = pencuri masa + pencuri hidup

Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.

Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah- hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!

3 sebab utama penangguhan kerja:
  • Terlalu banyak alasan
  • Tidak sirius dalam mengambil keputusan
  • Tiada deadline dalam matlamat


Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:

Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)

Mula sirius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serius dalam hidup)

Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)

Sumber: Irfankhairi.com 

No comments: