10 July 2011

BERSYUKURLAH DENGAN PEMBERIAN ALLAH ITU!

  • Kenapa ada orang diberikan dengan pelbagai limpahan kesenangan hidup, tetapi tidak mampu menikmati kesenangan itu dengan sebenar-benarnya?
  • Kenapa jiwa masih resah, hati gelisah dan perasaan terasa kosong?
  • Kenapa ada isteri cantik, baik & berbudi bahasa, memiliki anak-anak sihat, cerga tapi masih memikirkan perempuan cantik yang lain?
  • Kenapa harta sudah bertimbun tapi masih meninjau harta yang belum menjadi miliknya?   

Bagaimana nak menikmati limpahan kesenangan ini? Bagaimana nak menikmati keseronokan yang terbentang di depan mata?

MULAKAN dengan BERSYUKUR dengan apa saja pemberian Allah ini kerana bersyukur adalah ubat segala masalah ketidakpuasaan ini.  Kita boleh mencari apa yang kita ingini dan hajati, tapi bersyukurlah setelah mendapatkannya.  

Penyakit yang tidak ada ubatnya oleh mana-mana doktor pakar pun, adalah penyakit hati yang tidak pernah berasa puas atas nikmat Allah.

PANDUlah hati menjadi seorang yang dapat menghargai kehidupan seadanya.  

diambil dari mingguanwanita.com


No comments: