01 March 2012

Dah bulan Mac.  Cepatnya masa berlalu.  Bukan baru semalam celebrate new year ke?

Terlalu banyak perkara yang berlaku yang rasanya tak tertulis di blog ni.  Walaupun tujuan sebenar buat blog nak catatkan segala-galanya. Rajinlah sangat kan.

Banyak perkara yang menyakitkan tapi membuka mata untuk memahami diri sendiri dan juga orang lain. Ini antara kesimpulan yang aku dapat.

1.  Tak semestinya tujuan baik kita diterima dengan baik oleh orang lain.  
2.  Jangan selalu anggap hati kita sama macam orang lain.  Tu yang buat aku hilang kawan-kawan.
3.  Manusia terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat walaupun belum tentu maklumat yang disebarkan itu benar.  Tak sangka aku jadi hot gossip di ofis sendiri.
4.  Pinjamkan duit kat kawan lepas tu dia senyap dan kita pulak yang beria-ia sms/telefon dia.  
5.  Masih gagal mencapai target yang disasarkan walau sudah masuk 2012.
6.  Projek Jejak Kasih mencari kawan-kawan lama tidak berjalan seperti yang dirancangkan.
7.  Tapi paling penting yang aku sedari akhirnya, perjalanan hatiku sudah kembali normal.  :)

No comments: